Tips-Tips Nak Kaya

Aku rasa mesti ada dari korang yang perasan tentang pertanyaan seorang pembaca di ruangan komen semalam. Pertanyaan yang antara lain berbunyi “Bang, Saya seorang kontraktor. Semua kerja saya buat tapi tak kaya-kaya juga. Sales saya juga semakin kurang tahun ni.. bla bla bla” tapi point paling penting yang ditanya ialah “Macamana saya nak jadi kaya?”.

Walaupun secara jujurnya aku ni bukanlah seorang yang kaya dan tidak layak untuk memberi nasihat tetapi berikut adalah beberapa tips yang sentiasa aku amalkan agar rezeki yang Allah berikan tidak pernah putus dari hidup aku :

  1. Jaga hubungan dengan Allah (Jaga Solat) *sorry beb bukan untuk menunjuk sebaliknya sekadar mengingatkan korang walaupun solat aku ni pun belum tentu sempurna*
  2. Jangan lupa pohon doa dan restu dari ibu/mak/mummy korang.
  3. Jangan lupa Rukun Islam ke 4 (keluarkan zakat) *yang ini banyak orang terlepas pandang*
  4. Jangan lupa beri duit kepada ibu atau ayah korang walaupun sedikit.
  5. Banyakkan sedekah samaada ke masjid/rumah anak-anak yatim atau pun kepada mereka yang kurang berupaya.
  6. Biasakan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali lepas sembahyang.

Maaf kalau jawapan kepada soalan yang diberikan ini tidak bersesuaian kerana bagi aku tips-tips berbentuk spiritual adalah jauh ‘lebih mujarab’ dari tips-tips kewangan yang ada dalam buku kerana rezeki kita di muka bumi ini adalah 100% datangnya dari Allah dan bukannya dari bos/majikan/client korang tetapi harus diingat sekiranya setelah korang mengamalkan kesemua tips, perniagaan atau kewangan korang masih ditakuk lama.. ketahuilah ada hikmah di sebalik semua tu. Mana tahu keberkatannya akan korang perolehi di ‘hari kemudian’ nanti. Wallahualam.

AE : Nak kaya atau nak senang? Aku lebih suka pilih nak senang walaupun tak kaya.

13 Comments

  1. wakif November 17, 2011
  2. SS November 17, 2011
    • mai November 17, 2011
  3. Elle November 17, 2011
  4. noriz November 17, 2011
  5. eyriqazz November 17, 2011
  6. IdaShazana November 17, 2011
  7. tuanbri November 17, 2011
  8. hazman aka species1980 November 17, 2011
  9. Nurul November 18, 2011
  10. bang chik February 19, 2012
  11. Anuar May 30, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge