Tips untuk menghilangkan rasa kecewa

Beb, korang jangan ingat disebabkan tajuk di atas, aku nak buat entri cintan cintun pulak walaupun korang boleh nampak ke’gatalan’ aku dalam entri-entri yang lepas tetapi untuk entri kali ini ianya lebih bertujuan untuk mengenengahkan tips yang jarang-jarang property investor highlightkan dalam pelaburan hartanah. Namun sebelum itu aku nak tanya “pernah tak korang mengalami situasi di mana ketika korang nak menjual atau pun refinance rumah korang, alih-alih pihak bank melalui jurunilainya hanya mampu menilai rumah korang tu dengan jumlah yang sangat ciput” dan akibat dari berita buruk itu, tiba-tiba korang rasa yang telinga korang dah mula berasap gara-gara tak puas hati dengan market value yang diberitahu. Terpaksalah korang ke hulu ke hilir mengusung perut mencari bank yang mampu mendapatkan market value yang terbaik (tinggi) untuk rumah korang tu dengan harapan korang akan lebih masyuk jika menjual atau rmembiayainya semula. Tidakkah  ini membuang masa namanya?

Sebenarnya ada muslihat atau tips yang biasa aku lakukan bagi mengelakkan dari masalah seperti ini berlaku? Senang je, renovate rumah korang tu supaya nampak semewah mungkin. Itu pun kalau korang berduit la. Pasang kabinet dapur dari jenama ‘signature‘ dan ‘wrought iron‘kan gril rumah korang tu. “Tapi saya dah renovate rumah saya but valuer still bagi value yang rendah” jawab member aku. Bila keadaan begini terjadi, the only thing yang aku ‘pernah’ buat ialah keluarkan balik semua renovation invoice rumah tersebut dan tunjukkan kepada bank yang korang apply tu. Kebanyakan bank yang aku tahu akan mengambil at least 50% dari jumlah invoice tersebut dan campurkan dengan value yang diorang dapat dari jurunilai diorang dan hasilnya, value rumah korang tu akan menjadi lebih tinggi dari sebelumnya.  Walaubagaimanapun harus diingat, ianya masih bergantung kepada budibicara pihak bank. Kalau diorang (pihak bank) tak nak terima, itu di luar bidang kuasa kita tetapi  adalah lebih baik mencubanya daripada terima bulat-bulat market value yang rendah itu kan?

Jangan guna invois yang korang buat sendiri sebab bank takkan percaya dengan rupa invois seperti dalam gambar ni

AE : Masalah baru yang mungkin timbul ialah “Alamak AE, saya dah lupa la kat mana saya simpan renovation invoice rumah saya dulu?” dan kalau begitulah bentuk soalan korang… “Sendiri mau ingat la beb!! Tak dapat den nak nolong”.

15 Comments

  1. naimulfirdaus April 7, 2011
  2. life4hire April 7, 2011
  3. Sarip April 7, 2011
  4. Syahman April 7, 2011
  5. mizz bananaz April 7, 2011
    • waht April 7, 2011
    • abangensem April 7, 2011
  6. Sarip April 7, 2011
    • waht April 7, 2011
  7. algu April 7, 2011
  8. MK. Amir April 7, 2011
    • Ardi_Starob April 7, 2011
      • abangensem April 7, 2011
  9. syah April 7, 2011
  10. Abg yop August 9, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge