Ini merupakan antara soalan paling popular yang sering masuk ke kotak e-mail aku dan kebanyakan soalan pastinya berkisar kepada “Patut atau tidak saya refinance rumah saya?”. Sebenarnya soalan sebegini tidaklah begitu sukar untuk dijawab kerana bagi aku sekiranya beberapa kriteria telah dipenuhi, maka “refinancelah” akan menjadi jawapan yang pasti. Apakah kriteria yang biasa aku ambil kira sebelum membuat keputusan?
Tujuan Refinance :
Kita sendiri tahu apakah sebab kita ingin refinance rumah kita. Adakah ianya bakal menguntungkan dengan penambahan aset kekayaan kita atau pun adakah tujuannya sekadar memenuhi tuntutan ‘kemahuan’ dengan menambahkan liabiliti yang akhirnya akan merugikan kita. Aku rasa tidak perlulah aku huraikan apakah yang aku maksudkan dengan penggandaan aset atau pun penambahan liabiliti sebab dah banyak blog bercerita tentang ini malah entri-entri aku sebelum ini pun ada yang menyentuh tentangnya.
Aliran Tunai (Cashflow) :
Satu lagi aspek penting yang perlu diambilkira adalah aliran tunai korang selepas korang refinance rumah korang tu. Adakah korang berkemampuan untuk membayar instalment bulanan yang pastinya lebih tinggi dari sebelumnya (hanya untuk kes-kes yang loan amountnya bertambah). Jika korang masih mampu untuk membayarnya, maka by all means.. refinance je la.
Interest Rate :
Aku tak nafikan masih terdapat loan-loan korang yang interest sebelumnya adalah tinggi dan aku tidak terkecuali dalam hal ini. Aku masih lagi memiliki pinjaman yang mana kadar interestnya ketika itu 7.55% dan sudah sepatutnya aku refinance rumah-rumah tersebut tetapi disebabkan beberapa kriteria lain tidak begitu menyokong untuk aku berbuat demikian, maka aku teruskan sahaja pembayarannya dengan aliran tunai yang masih lagi positif aku perolehi.
Nilai Pasaran :
Apa guna korang refinance kalau value rumah korang tu ‘ciput’ je unless korang cuma setakat ambil baki sahaja untuk dibiayai semula. Ya, kebiasaannya ‘lebihan wang’lah yang menggalakkan orang untuk refinance rumah mereka dan dengan nilai pasaran yang tinggi sahajalah yang bakal memungkinkan korang untuk mendapat lebihan wang tersebut. Jadi, nilai pasaran semasa perlulah diberi perhatian sekiranya korang berhasrat untuk refinance rumah korang.
Rekod Pembayaran :
Sekali lagi apa gunanya korang refinance kalau rekod pembayaran instalment di bank sekarang asyik tertunggak je. Rekod sebegini pastinya akan membuang masa dan tenaga korang sahaja kerana pihak bank sudah pasti akan menjadikan ‘bakul sampah’ atau pun ‘shredder machine’ sebagai tempat penyimpanan dan pelupusan application’s documents korang tu. Tanggapan kebanyakan bank, kenapa perlu diberikan kelulusan untuk loan yang tidak dibayar?
Kos Refinance :
Beb, korang jangan ingat refinance ni tidak melibatkan sebarang kos. Sebabnya korang pasti akan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang bagi diunjukkan samaada kepada lawyer, valuer atau pun insurer. Memang ada yang akan kata “Takpe, nanti bank akan absorb semua tu” atau pun “nanti aku cover la balik dengan duit excess dari refinance tu”. Jawapan aku senang je “Apa guna korang refinance kalau excess amount korang tu akan berkurangan semata-mata nak cover kos-kos tersebut?” dan aku tak rasa yang bank akan absorb semuanya sebab kebiasaannya hanya 5% margin sahaja yang akan diperuntukkan untuk cover semua tu sedangkan legal fees dan MRTA sahaja pun kadangkala tak sepenuhnya dapat ditampung. Betul tak?
Kesimpulannya, kalau korang berhasrat untuk refinance rumah korang tu, cuba-cubalah jenguk ‘benda-benda’ yang aku senaraikan kat atas tu supaya korang tidak akan menghadapi masalah di kemudian hari dan kalau korang nak lagi berkat, jangan lupa keluarkan zakat lepas tu.
AE : Harap-harap Cik Ashmizah berpuas hati dengan jawapan saya ye..












Alhamdullillah….. akhirnya AE keluarkan jugak pendapat tentang refinance rumah nie …. dah lama dah aku tunggu …..
Untuk pengetahuan AE nie sebenarnya kenapa masih lagi ramai yg tanye tentang refinance nie kat AE sbb dorang saje je nak manja2 ngan AE maklum la bukan sng bersembang ngan org ensem macam AE nih …. heheheheheh
ian shah recently posted..Cangkul Oh Cangkul
bila la nak mampu beli rumah..hehe
Nizam Ijam recently posted..Kita Tak Tahu Hari Esok Kita….
tulah..ngan syarat ketat pinjaman bank 2012 ni.. loan limit 70% lagi.. kadang2 rasanya kena tukar semua strategi pelaburan hartanah.. relevan lagikah semua teknik2 dulu.. refinance.. od.. etc..
Harga rumah sentiasa 2-3 tapak kedepan berbanding gaji semasa.
sbgai cth: jika income 4k sudah layak utk rumah 200k… tp ikut nilai semasa rmh 200k sdh jadi 300k-400k walau gaji tetap 4k.
So tepaksa la tggu income jd 5k utk mampu beli rmh 300k-400k…tp bila dh gaji 5k,hrga rumah utk 300k td dah naik jd 500k – 600k. So bila masa nk blh beli. Mmg la time tu ada rmh yg 200k – 300k…taapiii condition rmh mcm yg hrga 150k plak. Itulah hakikat yg berlaku.
Kalau bukan condition rumah mcm rega 150k, umah tu duduk kat ceruk rantau sana.. hujung dunia..
nanges.. nanges…
kadang2 rasa.. dengan harga nowadays.. menyewa mungkin lagi berbaloi.. xperlu hutang smpi 2 3 generasi.. mak bapak kita..org zaman dolu2..wariskan rumah jadi harta.. zaman la ni.. wariskan rumah seumpama mewariskan hutang pula…esp utk pembiayaan rumah 2 3 generasi la..
rasanya tips berkaitan refinance AE dah publish dlm posting pada 6 Aug 2010 & 20 oct 2010. x caye cube selak balik. hehe…
AE boleh confirmkan…
Ya betul cuma pendekatannya je yang berbeza.
bagus point-point yg diberikan AE…
kalau pun ada tips n dlm posting yg lepas, berapa ramai agaknya yg sanggup bersusah payah baca setiap entri dari entri pertama hingga kini atau lebih mudah mahukan jawapan segera AE melalui email?
Wizurai recently posted..Rumah Lelong Langkawi
kalau posting tu ada point penting boleh print as PDF. blh simpan as softcopy. kalau posting tu tentang kehenseman AE baca n absorb je dlm kepala…hahahaha…
Aku suka statement ko Bro.. hahaha
Terima kasih atas penerangan di atas?
duit refinance kena zakat ke?
saya bercadang untuk guna duit refinance bagi membeli beberapa unit rumah lagi..ok kan?
mas recently posted..Mendidik anak, teknik nasihat Luqman Al-Hakim
Bagi aku selagi ada keuntungan di situ sudah pasti ada bahagiannya untuk mereka yang berhak menerimanya.
kalau rumah untuk investment elok refinance selagi sewa bulanan dapat tampung kos bayaran bulanan kepada bank. Seelok-eloknya refinance ikut harga market semasa, duit lebihan re-finance boleh guna sebagai modal untuk beli rumah yang lain plak
fauzi recently posted..Tewas di Medan Tempur
betul tu… buat modal beli rumah baru yg hasil cash flownya makin banyak atau sama dgn rumah sebelum ni yg dah di refinance kan tu……
maknanya dapat 2 rumah, cash flow masih tak berkurang…..
Wizurai recently posted..Rumah Lelong Langkawi
wah bagus sungguh tips hartanah kat blog ni… bagus tambah motivasi aku untuk membeli rumah sendiri suatu haru nanti…
zerous recently posted..[Infografik] Perang Elektronik Dan Gajet Yang Paling Terkenal Pernah Berlaku Dahulu Dan Sekarang
abg ensem…lagi menarik kalau boleh buat contoh yang melibatkan angka2…kos refinance yang perlu bayar dan berapa nett yang boleh diterima dari refinance…rasanya ramai yang interested on figure2 ni…
Takut entri ni cecah sampai lantai nanti kalau aku masukkan figures..
haha…sampai lantai tuh x tahan
aBu recently posted..PFCE Jobs and Career
Pingback: Rahsia 14 Rumahku Terbongkar | Abang Ensem's Blog
baru faham tentang nak buat refinance.. kalau takda panduan memang membuta2 je lah kita buat refinance penyudahnya merana diri.. betul tak AE?
Myvitrd recently posted..Dalam Tempoh Setahun Harga Naik RM30K
Hehehe
jangan risau pasal hutang 2…3 generasi sal MRTA kan ader..unless korang dapat kematian disebabkan penyakit yang tersenarai…lagi satu dinasihatkan refinance ngam2 time korang dapt pencen…sal leh lesskan sket duit MRTA fee..by that time(pencen) KWSP dah masyukkk…lagi satu o.d tu baik korang dumpkan dlm ASB jer..lagi masyuk…AE bole wat comparison tak the best banker for refinance?cam nak refinance agi lak…tq
salam..tima ksh ats perkongsian info yg sgt2 bguna ni…sy br plan nk refinance umah..ngam2 umah dh tamat lock-in period this year..bli umah dlu gan hrg 152k mrket value skrg dh 260k..tp bila bc tips kat ats…yg sbut ttg duit utk byr lwyer dll tu trs tersentak skit..so nk tny dkt AE klu sy gunakn duit saving utk tnggung kos tu smua then cver blk duit saving gan cashflow yg sy dpt tu..rs2 berbaloi tk?..Actually nk bt refinance ni sb nk melabur utk menjanakn pndapatan insayAllah..bkn nk renovation atau sj2 nk dptkn cashflow..So apa pendapat AE..wjar tk sy bt refinancw..sgt2 memerlukan pandangan dr AE…hrp dpt membantu..tq
Kalau memang boleh menggandakan RM anda, why not??
tima kasi AE…nk tny skit..dlu sy bt loan interest rate 6.75..now sy tgk interest dh trn ke 6.60 (klu x silap)..so klu sy bt refinance adakah installment bulanan sy akan bertambah atau berkurang?…al-maklum la sy mmg buta sgt2 gan benda2 ni smua..sgt berterimakasi jika AE sudi menberi sedikit pnjelasan.
Bro, nak tanya sikit. Mmg kalau buat refinance tu utk keuntungan, wajib zakat tak? Sebab keuntungan tu utk tanam modal bermaksud baru nak beli rumah belum dapat income lagi. Disebabkan refinance tu kita berhutang dibank atau sama maksud kita membuat pinjaman peribadi utk beli rumah, adakah pinjaman peribadi tu kene zakat? Rasanye situasi nie sama dgn refinance. Mintak jelaskan
Terima kasih abg ensem.
Salam to all,
ade sesape dkt sini org bank yg wat utk refinance rumah?
jike ade sy mahu deal la….
Muzri – Design Your Success recently posted..Detik Mustajab Berdoa!!
Pingback: Janji Ditepati | Abang Ensem's Blog
boleh ke kita refinance rumah yang sudah habis dibayar???