#TipsHartanah & #InfoHartanah

 

Nampaknya mulai semalam aku telah mula mengenengahkan tips-tips dan info-info berkaitan pelaburan hartanah secara ringkas di timeline facebook aku. Ini semua bagi memenuhi permintaan para pembaca blog ini yang sentiasa dahagakan ilmu berkaitan hartanah.

Namun aku cuba memberikan kelainan dalam aspek penyampaiannya dengan menerapkan unsur ‘sengal’ dalam setiap tips/info tersebut dan ianya sengaja aku ringkaskan tanpa memberi sebarang maksud sebenar, dengan harapan rakan-rakan FB akulah yang akan menerangkannya nanti secara terperinci.

Bagi yang teruja untuk mengikuti tips/info seterusnya, sudi-sudikanlah meng‘add’ aku sebagai rakan FB korang dan insyaAllah korang tidak akan kecewa dengan celoteh FB aku setiap hari.. hehehe.

AE : Bagi memudahkan korang meng‘add’ aku, korang hanya perlu mencari ‘Abang Ensem’ di ruangan search dan jika korang terlihat seorang jejaka berbaju pink dan berwajah akan-akan Aaron Aziz, kompom korang tak salah orang.

5 Comments

  1. rakan FB abangensem November 10, 2012
  2. shahril sidek November 10, 2012
  3. hatiputera November 10, 2012
  4. Mohd Khairol nizam February 17, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge