“Uncle/Auntie, adik nak mintak tolong boleh tak? Raya ni adik dapat banyak duit raya dan kalau adik campurkan dengan duit raya tahun-tahun sebelum ni, adik rasa ada la ribu-ribu jugak amaunnya tapi yang adik nak mintak sangat uncle/auntie tolong ialah.. kat mana patut adik simpan semua duit tu? Kalau ikut abah, dia nak simpan je kat dalam akaun Wadiah biasa, sebab katanya senang nak keluar kalau terdesak nak pakai tapi adik tak nak sebab nanti ‘pulangan’ yang adik dapat dari akaun tu tak de la banyak mana. Adik ada beberapa tempat untuk adik simpan duit raya adik tu tapi adik tak tau mana satu yang ‘elok’. Jadi, adik nak mintak tolong uncle/auntie untuk bagitau adik mana satu tempat yang patut untuk adik simpan :
Hartanah :
Adik tak nak sebab abah kata dia dah bagi 5 buah rumah sorang untuk adik dengan kakak. Lagipun kalau beli lagi, susah pula adik nak cashkan duit tu kalau terdesak.
Emas/Perak :
Kalau emas, adik tak berani sebab mama kata harga emas sekarang ni tinggi sangat. Lagipun dari artikel yang abah baru tunjuk kat adik kata emas punya harga sekarang ni dalam keadaan ‘overbought‘ tapi adik tak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘overbought’ tu? Kalau beli Perak pula, rasanya macam best je (sebab harganya masih murah) cuma masalahnya, adik tak tahu camne nak beli dan pada siapa yang adik patut jual kalau harganya dah naik. Hmmm… susah juga ye?
Saham di Bursa Malaysia :
Adik tahu dulu abah memang guna duit adik untuk beli saham DIGI, masa harganya masih dalam RM4.82 tapi bila abah jual duitnya adik tak merasa sebab abah dah guna untuk beli rumah. Bila adik suruh abah buat benda yang sama macam dulu (beli saham ‘blue chip‘), abah kata pasaran saham sekarang ni lebih bercorak ‘artificial’ sebab pilihanraya nak dekat dan ramai orang tengah buat window dressing walaupun company tu tak berapa ‘cantik’ financial backgroundnya. Abah kata kalau adik nak suruh juga abah beli saham, abah cuma akan beli selepas pilihanraya sebab masa tu biasanya harga saham akan jatuh. Adik tak tahu la betul ke tidak cakap abah ni tapi nampak gayanya memang abah takkan guna duit adik untuk beli saham dalam jangkamasa terdekat ni.
Akaun Simpanan SSPN :
Yang ni macam bagus sebab nanti kalau adik dapat masuk U, adik boleh dapat pinjaman PTPTN sebab adik dah ada akaun ni dan satu lagi, abah kata.. abah boleh dapat potongan RM3,000 untuk income taxnya tertakluk pada jumlah simpanan adik tapi masalahnya pulangannya tak begitu banyak, antara 2.5% ke 5% kalau ikut tahun-tahun sebelumnya. Satu lagi adik tak tahu samaada ianya shariah compliance atau pun tak?
Kalau uncle/auntie tak dapat tolong adik untuk decide, nampak gayanya terpaksalah adik ikut cakap abah, simpan dalam akaun Wadiah je tapi kalau uncle/auntie dapat ceritakan cara nak selesaikan masalah-masalah yang adik bagitahu kat atas tu, boleh la adik convincekan abah untuk divertkan duit raya adik tu dari akaun Wadiah. So, uncle/auntie tolong adik ye..”
Adik : “Abah kata dia suka simpan duit adik kat akaun Wadiah sebab awek kat kaunter bank tu ‘comel’. Gatal betul abah adik ni kan?”












i say no overbought state in physical gold. Kalau gold trading tu ya, ada period yang overbought. Tapi physical utk at least 3 years punya investment, memang the best choice.
tu pandangan saya la..
ariff recently posted..Pertunjukan 4D Di Moscow National University Sempena Hari Moscow 2011
apa maksud overbought? dah terlampau ramai org beli ke?
che mas recently posted..Ghairah seorang lelaki…
SSPN bagi aku tak berapa menarik kecuali dapat potongan rebate RM3k tu dan dilindungi insurance (bagi jumlah duit simpanan, max RM50k). Satu lagi alternatif maybe akaun Didik… ada terbaca kat pakdi.net akaun Didik ni syariah compliance, dividen above 6%.
pasal emas tu kalau nak buat medium/long term takde masalah macam ariff cakap tu… tapi bagi aku better tunggu timing yg terbaik, tak rugi pun… kan beli2 harga drop sikit rasa ralat plak.
p/s : aku ada cuba nak pergi buka akaun SSPN recently tapi tak boleh sebab cip IC aku rosak… xde alternatif kalau cip rosak kena tukar IC dulu.
wakif recently posted..RPGT hikes? | wakif’s blog
i go for sspn, it’s their money but i’m the one who get the tax relief. in fact selasa lepas aku dah bank in
matjoe recently posted..Berbuka Puasa Bersama Blogger atas tajaan Nuffnang dan Digi
kalau ikut iman, abang suka simpan kat tabung haji laa dik. SSPN boleh masuk u, tabung haji boleh gi mekah. return pon boleh tahan. nak keluar tu tak susah sangat, tak laa senang sangat kalau abah nak pinjam sebab dia takde kad atm.
Aku agree ngan Pantaier….. masuk Tabung Haji jer…. return pun ada la tinggi sikit…….
or..since kata duit raya adik ada ribu riban…..kasik diversify laaa ke 2 – 3 investment…… duit raya tahun depan….top-up lagi laaa investment2 tue…… sampai laaaa abah tue dah tua…. leh kuar kasik enjoy…..klu tak cukup ‘return’ dari investment2 tue….. bleh kasik jual 5 buah rumah yg abah turunkan kat adik tue…….. hehehehhehehehe
Definitely invest dalam pelaburan yg syariah-compliant la. Barulah berkat duit simpanan adik. Either simpan dalam Tabung Haji ataupun Amanah Saham Didik (ASD). SSPN pun menarik because of the tax rebate, cumanya tak pasti whether it’s Syariah-compliant or not.
-My 2 cents-
go for Tabung Haji dan SSPN….. p/s : Abah adik tu kalau gatal cubit2x je dia….keh3x…
hazman aka species1980 recently posted..White Curry Chicken @ STARHUT BANDAR NILAI
bijak adik tu…cam abah dia gak
napa tak masukkan kat ASD dan tabung haji?
dua-dua patuh syariah dan ada gak dividen masyuk…
emas dah turun sket hari ni, leh arr beli sket seketul dua…
simpan baik2 ..
noriz recently posted..Rindu kat Mak Dara & Mamak
tabung haji je bro.sekurang2nya dah boleh booking nama untuk anak tu pergi haji kemudian hari
Pacifista recently posted..Review dan Entri Terkumpul Contest Review Alexa @ Pacifista.my
tabung aji pls
go for gold.. penyimpan nilai yang terbaik.. kalis inflasi.. beli la rantai tangan satu.. adik boleh pakai.. kalau nak guna duit, boleh pajak then tebus balik.. takkan rugi kalau beli emas..
emas not bad juga, memang ramai yang cakap dah tinggi tapi 2 or 3 tahun lepas pun ramai yang cakap macam tu. SSPN memang bagus ada tax rebate, so kalau tax bracket lagi tinggi, lagi bagus, tapi masalahnya berlandaskan shariah ke tidak?
sharinginfoz recently posted..OK Juga Citer Cars 2
Banyak nyer duit raya tueeee…..tu berapa buah rumah pergi tue…… Ke MAYBANK (MAK BAPAK FINANCE) bagi….. kalau cam tuelah aku dapat duit raya ari tue …confirm sekarang da MULIONNA hehehehhehee
Abah….!!!! bila adik boleh dapat adik lagi….. , nanti abah boleh tolak tax jugakk….
“Itu abah kena carik ‘kilang’ baru la nampak gayanya.. hahaha” jawab abahnya (jangan marah ye mama. abah gurau jek).
Haaa..haa..gabra jugak ya…..
AlumniAE_Seminar recently posted..Perancangan Aku…
kalo msk sspn dgn tujuan utk buat loan masa blaja nanti, gasenye krg bijak sket.. kalo blh elakkan pinjaman yg tak perlu, elakkan.. tulah gunanya menabung dr kecik.. takot nanti dh abes blaja tp keje blm ada, tp dh ada liabiliti/komitmen utang..
ahhaaaa… (>_*)
kalau aku, mestilah tabung haji..yup, bonus pun boleh tahan..
cik paan recently posted..art attaaaaackkk!!!!!!!
rasanya kalau adik beli perak pon bagus..mcm adik cakapla harga dia jauh lebih murah berbanding emas..tambahan pergerakan harga jangka panjang memang bagus..kalau tak tau nak beli kat mana adik boleh contact abang..hehe..email je..24/7