Ulat Bulu di Pesta Buku Selangor 2012

Best siotttt..

Kalau dah dasar ULAT BULU BUKU, event seperti ini memang dinanti-nantikan oleh manusia pencinta buku a.k.a cendekiawan seperti aku. Pelbagai tajuk, pelbagai genre. Dari non-fiction sehingga ke subjek fiksyen, semuanya boleh diperolehi di sana dan apa yang lebih menarik lagi, ianya boleh dibeli pada harga diskaun. Kalau 10% tak mampu melebarkan senyuman korang, mungkin diskaun sebanyak 50% mampu menyengihkan muka korang kerana itulah antara angka diskaun yang mampu diberikan oleh para penerbit buku di situ.

Seperti biasa jika aku berkunjung ke Pesta Buku, antara buku-buku yang menjadi tumpuan aku sudah pastinya buku yang ber’genre’ pelaburan dan juga teknologi maklumat dan untuk kali ini, buku tulisan favourite author aku, Tuan Zamri Mohamad berjudul ‘Urus Bisnes dengan Google’ menjadi pilihan aku. Maklum sahajalah bila bisnes internet aku seakan menjanjikan pulangan yang lumayan, maka adalah lebih baik sekiranya aku dapat mengoptimum pengetahuan aku sebanyak mungkin dan atas sebab itulah sejak akhir-akhir ini buku, blog malah forum-forum berkaitan bisnes internet telah mula menjadi subjek bacaan aku.

Kedai Buku Keliki ini adalah kepunyaan member aku yang juga antara pendorong kuat untuk aku terus menulis.

Jadi, buat ‘ulat-ulat buku dan bulu’ yang ingin berkunjung ke Pesta Buku Selangor 2012 ini, korang masih berkesempatan untuk ke sini kerana ianya hanya akan berakhir pada ahad depan dan sebelum aku terlupa, venue berlangsungnya Pesta Buku kali ini adalah di Shah Alam Convention Centre (bersebelahan dengan Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall), bermula dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam.

AE : Tapi kalau korang tak nak datang pun elok jugak sebab peluang aku untuk menang lucky draw iPad (bagi pembeli yang membeli buku yang amaunnya melebihi RM30 dalam satu resit) makin cerahlah nampak gayanya sebab tak banyak saingan.

12 Comments

  1. KiD July 2, 2012
  2. Nadot July 2, 2012
  3. Aslam July 2, 2012
  4. zuan July 2, 2012
  5. matjoe July 2, 2012
  6. fasz July 2, 2012
  7. eyriqazz July 2, 2012
  8. Anuar July 2, 2012
  9. daddydee July 2, 2012
  10. ReM July 2, 2012
  11. Nurul July 2, 2012
  12. Ardi_Starob July 11, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge