Undur Diri

Perancangan asalku, berundur diri dari dunia perkongsian ilmu hartanah. Bermula dengan terhentinya penganjuran seminar di luar Lembah Kelang bermula awal tahun ini. Diikuti dengan pengecilan jumlah peserta seminar hartanahku, dari tagline ‘Seminar’ kepada ‘Kelas’ sebelum diakhiri dengan pengunduran secara total penghujung tahun ini.

Begitu juga dengan penulisan. Usai penamatan kontrak sebagai penulis Majalah penghujung tahun lalu, aku mula mewar-warkan tawaran penjualan blog ini kepada pihak-pihak tertentu dan sementara menantikan tawaran dimeterai, aku mula menghadkan posting-posting ilmiah secara kerap di blog ini. Bagi mengimbangi kekurangan tersebut, aku mula mengalihkan perkongsian tersebut di dinding facebookku dengan #TipHartanah yang semakin di’gilai’ oleh rakan-rakan facebookku. Yang pasti akaun FBku juga turut berada dalam tawaran pakej penjualan media sosial di bawah jenama Abang Ensem dan berpotensi untuk diambil alih oleh ‘pembeli baru’.

Kenapa perlu dihentikan?

Alasannya –> Kerana aku merasakan sudah terlalu ramai yang layak untuk bercerita dan berkongsi ilmu hartanah. Tidak seperti di awal pembabitan aku dulu, di mana aku merasakan tuntutan ‘fardhu kifayah’ untuk aku berkongsi ilmu. Malah aku lihat, generasi pelabur baru jauh lebih kompeten di dalam menggandakan wang pelaburan mereka, tidak seperti stail pelaburan ‘ortodoks’ aku yang hanya mementingkan pendapatan pasif semata.

Namun, tatkala menerima mesej-mesej seperti di bawah, aku seakan-akan berbelah bagi samaada perlu meneruskan perancangan asalku untuk berundur atau pun meneruskannya sehingga tiada lagi yang sudi membaca atau mendengar celotehku lagi. Hmmm..

Seminar Hartanah Murah

Seminar Hartanah Berbaloi

#DalamDilema

25 Comments

  1. Hafiz Rahim June 15, 2014
  2. KiD June 15, 2014
  3. Asrul Azrul June 15, 2014
  4. nurmisnan June 15, 2014
  5. ELLY-daily June 15, 2014
  6. Denaihati June 15, 2014
  7. yusri June 15, 2014
  8. ejam June 15, 2014
  9. ANIRAH AZURI June 15, 2014
  10. Tengkubutang June 15, 2014
  11. eyriqazz June 15, 2014
  12. Ahmad ijat June 15, 2014
  13. brohantu June 15, 2014
  14. Zamri June 15, 2014
  15. Ain June 16, 2014
  16. Ismail N June 16, 2014
  17. khairulnawawi June 16, 2014
  18. lisa mawarbiru June 16, 2014
  19. Baiebaayah June 17, 2014
  20. sohoque June 17, 2014
  21. myrujukan June 18, 2014
  22. nsr June 21, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge