Subhanallah. Maha Suci Allah.
Apa yang berlaku semalam sama sekali tidak pernah tergambar di fikiran aku selama ini. Sejurus selepas entri aku dipublish (setelah didorong oleh rakan-rakan blogger yang lain), satu demi satu entri #savejejai mula merebak.
Jika sebelum ini aku pernah mengalami perkara yang sama ketika memohon sumbangan untuk rakan penderma hati aku tetapi viral #savejejai jauh melangkaui apa yang aku jangkakan. Dari blogger-blogger ternama seperti Redmummy dan Ben Ashaari sehinggalah kepada blogger-blogger yang menjenamakan diri mereka blogger picisan, masing-masing cuba menyumbang sedaya mungkin melalui entri viral mereka. Thank you guys/gals.
Alhamdulillah. Lewat perbualan aku dengan Bro Jejai tengahari tadi menampakkan suara yang lebih ceria dari sebelumnya. Walaupun butir bicaranya seakan menerawang dari satu topik ke topik yang lain, sekurang-kurangnya beliau masih lagi mengingati yang Brader Zarul pernah menghubunginya malam rabu yang lalu. Ingatan sebegini yang melegakan aku sebenarnya. Saat aku memohon maaf kerna menyiarkan entri semalam, terdapat nada keras yang berbunyi.. “Sape bagi kebenaran untuk ko publish”, namun aku cuba menjelaskan yang ini semua untuk kebaikan diri dan keluarganya sebelum secara tiba-tiba beliau beralih topik.
Pasti ramai yang hairan kenapa beliau masih menjawab panggilan aku sedangkan ramai yang cuba menghubunginya tidak dijawab. Dari apa yang dapat aku rasakan, beliau tidak sanggup sebenarnya melihat mereka yang lain bakal sebak ketika berbicara dengannya sedangkan aku masih lagi sanggup mengutuk dan berlawak ketika berbual dengannya walaupun dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa sebaknya aku.
Buat kalian yang membaca entri ini, insyaallah akan aku updatekan perkembangannya dari masa ke semasa dan jutaan terima kasih buat yang telah menyumbang ke akaunnya. Buat kalian yang masih sayangkannya juga, banyakkan berdoa agar segala urusan dipermudahkan olehNya.
AE : Sampai sekarang aku masih sebak walaupun telah berulang kali aku membaca surat tulisan anaknya ini.












Mari ramai-ramai kita doakan jejai…
aslam recently posted..#Savejejai
Semoga ramai orang yang sudi menghulurkan bantuan untuk membantu Jejai samada berbentuk wang ringgit atau pun doa..
Anuar recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
dan semoga semangat kawan2 juga akan memberi semangat kepada bro jejai utk terus berhabis-habisan melawan penyakit tu.. saya yakin bro Jejai mampu melawan penyakit tu sebab semangat dia sangat kuat dan kental..
boni kacak recently posted..#SaveJejai
Surat jihah yang mmg sy tak boleh tahaann.. Ishk
Nadot recently posted..Pasar Ramadhan Presint 2, Putrajaya
Jgn putus asa untuk mencari penawar. setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua.
halif recently posted..Berita Gembira Untuk Anggota Tentera dan Polis
hasil tulisan anaknya btl ikhlas… sy pun sebak dgn hasil tulisan jihah tu…
faizulosman recently posted..Baju Raya Family Tahun 2012M-1433H
Ini merupakan dugaan dari Yang Esa, semoga Jejai dan family banyak-banyak bersabar dan berdoa. Yakin yang penawarnya ada, cuma kena selalu mencuba.
ReM recently posted..Penyewa Mesti Pemurah
semoga jai kuatkan semangat..
fazrol recently posted..Karangan Sekolah Rendah – Cita-cita saya!
Memang pantas viral nyer Abang Ensem… memang di luar jangkaan..
apa pun, semoga Abg Jejai menerima seadanya pertolongan kita semua… ameen =)
shahroll recently posted..#saveJejai – kita diperlukan untuk membantu by shahroll
kita bantu apa yang kita mampu. moga jejai cepat sembuh.
tulisan ikhlas dr hati oleh anak jejai ni memang menyentuh perasaan sgt2. semoga ada penawar dan masih dipanjangkan umur jejai utk bersama dgn keluarga beliau lg
Ekspresi Ruang recently posted..Salam Aidilfitri 2012
#SaveJejai-Harap Jejai kuat melawan penyakitnya
Zarul Umbrella recently posted..(Entry Bergambar) – Detik 1 Syawal 1433
Jejai pun ada call aku untuk check flight DENAIHATI….padahal tak tahu details ( flight no , destination ) …. mulut aku pulak tak terluah nak tanya kesihatan…. apapun harap dia diberikan kekuatan untuk hari mendatang
hazman aka species1980 recently posted..IKLAN RAYA Kementerian Kesihatan – HOSPITAL BANTING
Be strong jejai..!!!
KiD recently posted..Main Bunga Api