What Will You Do : Bila Penyewa Tak Bayar Sewa

 

Kesian pulak aku baca entri mamat ni berkenaan masalah yang dihadapinya. Sudahlah ini pengalaman pertamanya nak handle penyewa, alih-alih masalah penyewa tak bayar pula yang terpaksa dihadapinya.. huhuhu.

Apa agaknya yang korang akan buat sekiranya si penyewa berjanji tetapi tidak menepatinya atau dalam kes mamat ni, jika tarikh 7hb tu berlalu begitu saja tanpa sebarang ‘cash’ yang masuk ke kocek, apakah korang akan mengambil tindakan drastik untuk terus menghalau si penyewa?

Bagi aku, apa yang biasa aku lakukan ialah memberi penyewa aku peluang sebanyak 2 kali dan kebiasaannya aku akan menggunakan duit deposit rumah sebelumnya untuk cover dulu sewanya yang tertunggak. Sekiranya berlaku lagi perkara sebegini untuk bulan seterusnya, barulah aku akan mengusir penyewa culas ini dari menghuni rumah aku.

Dalam kes di atas, memandangkan 7hb adalah tarikh pertama yang dijanjikan oleh penyewa, maka ada baiknya jika satu lagi peluang diberikan padanya dan depositnya bolehlah digunakan untuk menggantikan balik duit gaji yang telah dipotong. Sekiranya beliau masih tidak menepati janji keduanya selepas itu, “by all means.. you have to find another house to stay dude” adalah ungkapan terbaik yang patut diucapkan kepada si penyewa culas itu. Walaubagaimanapun aku bernasib baik kerana selepas insiden ‘hati kering’ aku tu dulu, alhamdulillah tiada lagi kes seumpama itu yang berlaku. Itu pun setelah beberapa langkah dan kaedah aku kenal pasti dan praktikkan dan jika korang nak tahu apakah langkah dan kaedah yang aku guna pakai, nantikan entri aku berkaitan tips-tips memilih penyewa minggu depan, insyaallah.

AE : Petang esok ada awek nak gi usha rumah sewa aku kat Kg Melayu Subang. Harap-harap yang datang tu macam Miera Liyana la hendaknya.. heh heh heh.

Jumlah terkumpul untuk dana jualan amal ebook AE setakat jam 10.30 malam ini adalah sebanyak RM235.00 hasil pembelian individu-individu berikut :

  1. Rohaniah Noor
  2. Ashafizy Bin Abu Seman 
  3. Faizal Bin Ab Rahim 
  4. Khairulniza

Terima kasih aku ucapkan. 

Related posts:

  1. Cara Nak Halau Penyewa Tak Bayar Sewa
  2. Masalah sewa ikut bilik/kepala
  3. IWK : Siapa yang patut bayar?
  4. Konsep R.A.P dalam mencari penyewa
  5. QNA : Masalah Penyewa Tegar
This entry was posted in experience. Bookmark the permalink.

9 Responses to What Will You Do : Bila Penyewa Tak Bayar Sewa

  1. arelan says:

    bila la nak beli rumah untuk sewakan kat orang. at least ada gak duit masuk slen keje tetap yang men’tensen’kan diri ini.hmmm…
    arelan recently posted..KaRaoKe BeRSaMa BLoGGeR & aRTis

  2. zuan says:

    murah rezeki bro malam ni :D
    zuan recently posted..> Salam Jumaat : Penyakit Akhir Zaman

  3. ariff says:

    kalau cam miera liyana, naik ikut sekali boleh tak? hahaahh
    ariff recently posted..Enterprise

  4. askrool says:

    paling tak tahan dalam entry mamat tu…….”Patutkah Dihantar Brader-Brader Ketak untuk Kutip Sewa?”…..mungkin next month boleh try..

  5. kak ina kl says:

    alhamdulliah setakat ni x ada problem lagi dengan penyewa..
    kak ina kl recently posted..Bila Exora Di Jalanraya

  6. Cikgu Musi says:

    dapat sebuah rumah hasil dari lelongan di mana dalamnya memang dah ada penyewa..Penyewanya memang baik,cuma masalah sikit pada pembayaran kerana faktor tidak bekerja…maklumlah penyewa berasal dari Sabah yang mencari pekerjaan di kawasan Pasir Gudang ini…dah 3 bulan dah tertunggak, sebelum ni ada gak tertunggak, tetapi bila dia ada duit dia bayar terus 2 bulan…so tak sampai hati nak usir keluar lagipun area ni sukar nak cari penyewa bagi rumah Flat

  7. ikhwan says:

    ni sekadar cadangan jela..
    -untuk yang 1st time nak jadi tuan rumah ni eloklah jika anda cari rumah flat atau apartment dahulu yg mana monthly installment bank hanya rm300-rm500 sahaja..ini kerana menurut abangensem kalau penyewa buat hal pun at least kita masih mampu untuk cover kan bayaran loan bank itu..ccris kena jaga beb!! hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge