What Will You Do : Bumi to Non-Bumi?

Assalamualaikum abang ensem :D

Saya adalah salah seorang peminat a.k.a follower AE’s Blog. Saya ada sedikit kemusykilan nak tanya AE dengan harapan AE boleh terangkan.

Begini, officemate chinese saya nak guna my name untuk beli rumah bumi lot sebab yang non-bumi semua dah habis. Dia kata procedure ni dah biasa orang guna dan dia cakap jangan takut, dia akan bagi la angpow once rumah tu dia berjaya dapat dan akan tukar nama saya ke nama dia sebaik sahaja urusan pembelian selesai & katanya lagi, nama saya tu takkan digunakan untuk proses S&P @ dengan bank (AE musykil?). Senang ke? Boleh caya ke? Betul ke AE? Boleh terangkan sikit tak? Tak effect pada nama saya ke? Kalau ikutkan saya, saya cakap yang suami saya tak izinkan je. Habis cerita.. haha!

P/S : Saya nak call AE tapi takde phone no. Ini no handphone saya : 01X-3XXXXX3
Harap sangat AE sudi membantu.
 
Regards,

-awek cun yang sudah bersuami- 

Pandangan AE :

Pada mulanya agak malas juga aku nak membalasnya tatkala terpandang status penyoal yang terbentang luas di bawah perkataan ‘Regards‘ tu (hahaha) tetapi apakan daya, aku hanyalah insan ensem yang berpekerti mulia. Mana mungkin untuk menghampakan follower aku walaupun beliau sudah berpunya.. huhuhu.

Berbalik kepada soalan beliau, jawapan aku bagi soalan ini adalah ‘NOT ADVISABLE’ kerana sebab-sebab berikut :

  • Risiko Berhutang

Jika pinjaman perumahan dibuat bagi mendapatkan rumah ini, tidakkah tanggungan hutang tersebut terletak di bahu kita dan apa akan jadi sekiranya rumah tersebut berada di dalam kondisi yang kurang memuaskan, adakah rakan beliau akan bertanggungjawab samaada dari segi pembayaran hutang banknya mahu pun menguruskan masalah rumah tersebut, malah aku sebenarnya agak musykil apabila rakannya menyebut yang nama si penyoal tidak akan wujud baik di S&P mahu pun di bank.

  • Agak sukar untuk pindah milik

Sekiranya si penyoal pernah menghadiri mini seminar bersama AE, sudah tentu beliau akan tahu bahawa bukan mudah si penjual berstatus bumiputera ingin menjual rumahnya kepada non-bumi lebih-lebih lagi sekiranya letak duduk rumah tersebut di kawasan hotspot. Ini kerana Pihak Berkuasa Negeri akan tetap ingin menyeimbangkan populasi bumiputera di kawasan sebegitu demi meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.

  • Membantutkan pembangunan ekonomi bumiputera

(Part yang ni pandai-pandailah korang fikir sendiri)

AE : Apa kata korang yang lain pula? Nak let go kat kawan dia ke atau pun buat bodoh je?

 

Related posts:

  1. QNA : Soalan yang sepatutnya dijawab oleh Tuan Bri
  2. What will you do (Part 2)
This entry was posted in QNA. Bookmark the permalink.

17 Responses to What Will You Do : Bumi to Non-Bumi?

  1. Juan says:

    bagi saya baik jangan let go. Ini kerana bukan semua bumiputra mampu memiliki lot bumiputra. Ini kerana lot bumiputra mempunyai percentage yang kecil berbanding keseluruhan perumahan. Maksudnya begini, katakan ada 100 buah rumah yg dibina, hanya 20% sahaja yg dijual atas nama “lot bumiputra”. Jika ini pun dijual kepada non bumi, bagaimana bumi yang lain ingin mendapatkan lot tersebut.
    saya setuju dengan abg AE terhadap “Membantutkan pembangunan ekonomi bumiputera”
    Juan recently posted..Bapakku.fm – Suka hati Bapak Aku la | Live Streaming Bapakku FM

  2. quicky says:

    mane boleh name x de dlm SNP kalo dh beli gune name bumi..xkan dlm booking je name bumi..snp mesti name bumi jugak…muyskil tu…jgn la menipu kalo nk gune pon..bg tau r keadaan sebenar..ini nk pinjam name tp menipu part2 lain..jgn bg je..beli je untuk sendiri..

  3. Baladewa_ata says:

    Ikut sahaja kata suami iaitu jgn diizinkan. Jika niat itu diteruskan,mungkin pade mase yg sama ada bumi yang genuine buyer yang nak membeli rumah itu tetapi dah abis. Sanggup ke tak sanggup tengok kaum sendiri lebih2 lagi seagama dengan kita teraniaya?..

  4. KiD says:

    kalo aku?? wat bodo je…
    KiD recently posted..Download Ayat Ruqyah

  5. Mahzan says:

    Kalu gua, tanya dia kawasan area mana. Kalu hotspot, kita je beli rumah tu. Biar dia nganga…
    Mahzan recently posted..Island Hopping Langkawi

  6. baik beli sendiri. takde duit deposit, kongsi dengan suami atau adik beradik atau kawan yg boleh dipercayai
    rohaniah noor recently posted..mau tipu cari orang lain laa

  7. kalau nak cari penyakit, buat lah kan. khakahkahka

  8. jeda says:

    No Question.jgn libatkan diri dgn risiko mcm ni.please help yourself before help others..huhuhu

  9. Nurul says:

    Hahaha regards tu yang tak tahan.. ;)
    Nurul recently posted..Wordless Wednesday: Wow Comelnye saya

  10. mizz bananaz says:

    kalu belah Penang neh, ai nengok sat jer quota Bumi di letgo.. dengan alasan takder Bumi nk beli (x mampu beli)… menyedihkan..

  11. jeff says:

    lebih baik jangan…orang tu tamak, semua lot dia nak sapu.
    jeff recently posted..Galaxy Note will have larger size 10.1 with S-Pen?

  12. khairi says:

    HAH? nak pakai nama, tapi nama tak masuk snp/bank? abis tu nak pakai nama untuk apa?ntah2 buat loan ngan ah long.macam scam je.
    Jangan memain, urusan jual beli rumah ni bukan sikit, ratus2 ribu.kalu sangkut, makan tak abis.
    Chinese kan banyak duit, apa nak sibuk beli lot bumi, beli la lot2 lain yang non bumi.

  13. Pandai yea…nak gula-gula dengan ANG POW tue… pendapat saya abaikan saje permintaan member tue…
    hazman aka species1980 recently posted..Teknik PETA MINDA untuk penulisan blog ANDA

  14. wynn78 says:

    isk…isk..poning
    wynn78 recently posted..Gedegang….adoii

  15. Lokmin says:

    betul bro..point yang last sekali tu…kena ambil berat jugak…lama2 tanah tergadai…

  16. firuz says:

    tq AE sudi kupas isu ni..dan kawan2 yg bg komen sume..i loikeee

    dan sy awl2 dah tolak permintaan org tu..sbb x mau ambik risiko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge