Salam AE,
Sekadar mahu tahu pendapat AE tentang pembiayaan rumah.
Abang saya ada membeli rumah teres setingkat akhir 90an pada nilai RM70K, namun disebabkan masalah kewangan, beliau mahu menjual rumah tu dengan harga 100,000 sahaja. Loan yang masih tertunggak dengan bank ada lagi 10 tahun (RM450/month). Jika saya mahu membeli rumah tu, pada fikiran saya ada 2 cara yang boleh saya lakukan iaitu :
-
Saya buat loan bank RM100K (peribadi/home financing).
-
Saya sambung bayar rumah tu (dengan andaian mudah, baki hutang rumah dengan bank dalam RM50K, jadi duit yang abang saya akan dapat selepas tolak hutang bank adalah RM50K juga, jadi saya akan bayar RM50k pada abang saya dan sambung bayar rumah dengan bank (saya rasa kaedah ini lebih menguntungkan).
Soalan saya :
-
Tolong komen tentang cara di atas ;
-
Ada tak cara yang lebih baik dan menguntungkan kedua2 pihak?
-
Bagaimana isu penukaran nama jika kaedah kedua dilakukan?
Terima kasih
Arif tapi bukan Ariff Shah, Sabah
Pendapat AE :
Cara pertama adalah cara yang terbaik dari segi prosedur sebab segala yang dilakukan adalah straight forward dan teratur, yang tidak akan menimbulkan sebarang masalah berbangkit di kemudian hari, sebaliknya banyak masalah yang mungkin timbul untuk cara kedua seperti :
-
Masalah pembahagian secara tidak adil kerana kita tidak dapat mengagak berapakah interest yang bakal dikenakan oleh pihak bank di masa depan dek kerna perubahan BLR. Silap-silap haribulan, amaun yang terpaksa Saudara Arif bayar adalah lebih dari yang dijangkakan. Malah ada kebarangkalian yang harga rumah tersebut akan terus meningkat yang kemudiannya mungkin akan menyebabkan pembahagian harta (wang) terpaksa dinilai semula.
-
Masalah sekiranya berlaku kematian di pihak pembayar, iaitu Saudara Arif (minta dijauhkan). Sudah pasti instalment perlu dilangsaikan oleh abangnya kerana Saudara Arif tidak dilindungi oleh sebarang insurans/takaful ke atas rumah itu. Malah jika berlaku kematian di pihak abangnya pula (juga minta dijauhkan), takut-takut warisnya nanti tidak mahu melepaskan hakmilik rumah tersebut kepada Saudara Arif.
Itu antara 2 masalah terbesar yang aku nampak. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna yang pendapat aku ini betul, sebaliknya masih ada ruang untuk Saudara Arif atau pembaca yang lain untuk menyanggah pendapat aku kerana pendapat aku lebih bersandarkan pengalaman negatif rakan-rakanku. So, buat korang yang lain, apa pula pendapat korang. Harap-harap pandangan korang mampu mencerahkan lagi tindakan yang wajar diambil oleh Saudara Arif nanti.
AE : Maaf kerana entri ini seolah-olah menggambarkan ketidakpercayaan aku terhadap ahli keluarga Saudara Arif tetapi adalah baik untuk memikirkan aspek negatif dahulu sebelum membuat keputusan. Apa pun hanya tuan punya badan yang dapat menilai keputusannya bersandarkan pandangan dan pendapat yang telah kita berikan. Juga maaf sekiranya pandangan aku ini telah menyinggung perasaan sesiapa yang berkenaan.











walaupun adik beradik/saudara, kita tak bleh menolak sebarang kemungkinan berlaku pertikaian tentang hal2 harta benda ni….berapa ramai dah saudara mara yg bergaduh kerana harta benda ni…so nasihat AE tu ada benarlah….
setuju dengan pendapat AE dan KM..
KiD recently posted..Top 5 Entry Post Blog Anda
Pendapat Bro AE tu betul dan tepat.
Prinsipnya sama dengan ambil kereta sambung bayar. Kalau kita pakai kereta sambung bayar, hakmilik masih dengan pemilik asal dan ini menyukarkan keadaan apabila ada kematian dan hakmilik dituntut oleh pewaris.
Mungkin kos bertambah untuk membuat perjanjian baru dan insurance tetapi ianya perlu. Hakmilik mesti jelas dan tidak boleh dipertikaikan.
ReM recently posted..Ramai Lelaki Pandai Masak
Kerana DUIT terlalu ramai adik beradik bukan setakat bermasa muka ada yg terputus hubungan … bagi aku cara no 1 lebih bagus.
nota : aku lebih suka bisnis dengan kawan2 daripada keluarga.
Denaihati recently posted..Bonus Raya Aidilfitri 2012
Setuju dengan bro. Tapi macam AE kata, arif bukan ariff shah tu kena prepare for the worst (-ve)
halif recently posted..Dunia Dewasa Dunia Hutang
kerana duit n harta, adik beradik boleh bergaduh kan..mmg better 1st choice dr 2nd choice.
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Permohonan e-GTukar Sesi Januari 2013
beli umah lain. huhu
matjoe recently posted..Selamat Hari Raya Pembaca Matjoe.com
cara 1 terbaik.. jelas hitam dan putihnya der
buat urusan jual beli seperti biasa. Bukan setakat akan datang timbul masalah,tapi kau dpt lalui pengalaman berurusan dengan lawyer dan apply loan.
aslam recently posted..10 Entri Terbaik Denaihati
10 tahun tu tempoh yg agak lama..kalau berbaki setahun dua boleh la consider cara kedua tu.
Aku ada pengalaman jugak, jual rumah, dah sign SPA tapi nama tak boleh tukar. Ambil masa 2-3 tahun juga masalah ni. Lawyer guna PA (Power Attorney) untuk backup kepentingan pembeli. Ni salah satu caranya lah (kalau nak guna cara kedua).
Tapi, mcm aku cakap tadi..10 tahun guna PA tu terlalu lama dan macam2 benda boleh jadi. Paling ditakuti kalau2 berlaku kematian salah satu atau kedua-dua belah pihak. Prosesnya boleh jadi rumit, lagi2 kalau waris tak boleh berlapang dada. Apa lagi bila pihak bank tau rumah dah ‘dijual’ tanpa pengetahuan bank. Agak2 bank nak kasik chance ke?
Pendapat aku, gunalah cara pertama yg dicadangkan AE tu. Biarlah keluar kos sikit, tapi hak kita terjamin dan tak menyusahkan sesiapa. Untung tu soal kedua..
betul… sebenarnya akan timbul lebih banyak isu negatif daripada positif di kemudian hari.. walau pun adik beradik, tapi jika isu yang melibatkan duit, pasti akan banyak negatif daripada positif. saya bersetuju dengan bro AE sepenuhnya.
boni kacak recently posted..Video Ucapan Raya 2012 Daripada Lelaki Melayu Terakhir
cara pertama adalah cara yang terbaik.baik bergaduh sekarang drpd bergaduh di kemudian hari.
setelah saya baca, saya bersetuju dengan komen AE, bukan bersikap negatif akan tetapi itulah realiti yang kita nak elak jika berlaku kemudian hari, so rasanya lebih baik buat spt yg pertama
Juan recently posted..Salam Raya dari Admin wanwidget.com
terima kasih atas pandangan berharga yang diutarakan