Wow !!

Pagi tadi semasa aku di dalam kereta untuk ke ofis, tiba-tiba aku dikejutkan dengan ayat “temui Ahyat Ishak dan Faizul Ridzuan.. bla bla bla” menerusi corong radio ketika aku sedang bertukar dari satu channel ke satu channel. Lantas, Ahyat Ishak aku hubungi.

“Bro, gua dengar nama lu dengan Faizul dalam radio. Korang ada event apa? Open house ke? Kalau open house, kenapa lu tak jemput gua? Dem !!”

“Hahaha.. Nanti saya emelkan jemputan pada AE”, sopan je suara Ahyat menjawab.

Kurang dari 10 minit, poster berikut menerjah kotak e-mel aku.

Rumah Terbuka MK Land

2 in 1.

Rumah Terbuka MK Land beserta Bicara Pelaburan Hartanah oleh 2 orang taiko hartanah Malaysia. Detailnya, sepertimana yang tercatat di atas – 23 Julai 2016 (Sabtu) @ Galeri Jualan Residensi Suasana@Damai bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan kompom aku tak dapat hadir kerana hari itu aku ada kelas hartanah bulanan aku di Shah Alam. Walaubagaimanapun, buat korang yang belum pernah berlanggar bahu dengan Ahyat dan Faizul, bolehlah berbuat demikian pada tarikh dan masa di atas itu. Aku yakin yang diorang takkan marah kalau korang langgar diorang.. hehehe.

Dan tiba-tiba aku terfikir, “Kalaulah nama aku yang disebut di corong radio pagi tadi, agak-agaknya ada tak orang yang akan hadir?”.

“Temui Abang Ensem di galeri jualan kami sabtu ini.. bla bla bla” <– mesti orang ingat iklan ni iklan scammer.. hehehe.

4 Comments

  1. umiadam July 23, 2016
  2. KERETA SEWA SUBANG July 27, 2016
  3. ahmad hasif August 16, 2016
  4. Kereta Sewa October 28, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge