Yang Dinanti Telah Tiba.. TQ Ariff Shah

Yes.. finally page ‘Homestay’ dah timbul kat blog aku untuk mereka yang nak promosi homestay yang diorang usahakan dan pengiklan pertama yang masuk ke ‘gelanggang’ ialah saudara Nazif yang nak mengiklankan unitnya kat Tiara Beach Resort. Thank you bro sebab sudi letak banner ko kat blog aku.

Kenapa korang kena letak iklan kat blog aku?

Sebab aku ni suka update blog aku tiap-tiap hari dan bila dah selalu update maknanya ada la trafik yang akan masuk hari-hari walaupun sikit jika dibandingkan dengan blog tuan punya homestay tu sendiri. At least ada la nanti yang akan notice tentang unit korang tu dan macam aku kata sebelum ni, mana la tau kot-kot ada yang berminat nak bercuti kat unit korang tu.

Berapa bayaran nak letak iklan?

Aku tak letakkan sebarang bayaran untuk iklan korang tu cuma apa yang aku minta (kalau boleh), korang sumbangkan la seikhlas mungkin ke akaun Maybank Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa (No. Akaun : 558079202536). Bab ni aku tak paksa, terpulang kat korang berapa banyak yang korang nak sumbangkan.

AE : Buat saudara Ariff Shah, terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong aku walaupun ko tengah bertungkus lumus mengadap paper exam la ni. Moga-moga Allah akan permudahkan exam yang ko tengah hadapi sekarang ni.

One Response

  1. Syahman December 26, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge