Aku sebenarnya agak keliru ketika dijemput untuk menghadiri ‘event’ ini. Food review bukanlah niche blog yang banyak bercerita tentang pelaburan sepertimana FOOD BLOGGER INI. Namun disebabkan kesungguhan si TUKANG JEMPUT dan setelah mendapat keizinan dari mem yang dalam pantang, pelawaan tersebut aku terima dengan syarat, AWEK kat bawah ni si tukang jemput kena jemput sama dan setelah pengesahan kehadiran beliau aku terima, lokasi pertemuan aku terjahi.
Lokasi : Yogen Fruz Outlet, Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara.
Yogen Fruz, jenama berkalori rendah yang begitu asing bagi aku yang kurang menggemari makanan yang digelar yogurt ini tetapi setelah merasainya… hmm korang baca je la betapa lazatnya beserta gambar sebagai bukti di perenggan berikutnya. Majlis petang itu yang bermula agak lewat dimulakan dengan sesi penceritaan asal-usul jenama ini oleh Chief Operating Officernya, Tuan Azli Jamil atau lebih mesra dengan panggilan AJ.
Toronto, Kanada merupakan lokasi asal kewujudannya dan ianya telah diasaskan oleh 2 orang remaja, Aaron dan Michael yang ketika itu baru berusia 18 tahun. Mereka telah mendapat ilham menghasilkan yogurt ini ketika mereka berkelana ke Miami. Terpegun melihatkan betapa panjangnya barisan gadis-gadis yang beratur membeli yogurt ini ketika di Miami, telah membuatkan mereka teruja untuk membawa produk yang sama ke negara asal mereka dengan niat untuk memikat gadis-gadis di negaranya. Namun selain dari gadis-gadis yang menyukainya, jenama Yogen Fruz ini kemudiannya telah mula masyhur di negaranya dan bermulalah idea untuk memasarkannya ke luar Kanada.
Ya, pelebaran sayap perniagaan telah mula dilakukan dan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang telah menerima tempiasnya ketika itu adalah Indonesia sebelum ia mula menerjah ke pasaran Malaysia penghujung Mei lalu. Saat ini Yogen Fruz telah pun mempunyai rangkaian outletnya di 4 lokasi panas seperti di Encorp Strand Kota Damansara, Dataran Jelatek Ampang, Platinum Walk Setapak dan Bandar Baru Bangi, yang mana aku turut dimaklumkan bahawa outlet berikutnya bakal berlokasikan Pusat Perniagaan KLCC.
“Bagaimanakah rasanya?”
Saat aku dihulur dengan secubit yogurt untuk dirasai, naluri aku berkata.. “Hmmm.. Mesti rasanya lebih kurang aiskrim je” tetapi saat ianya ‘menjentik’ hujung lidahku, rasanya jauh lebih ‘nikmat’ dari rasa aiskrim yang biasa aku ‘pow’ dari anak aku dan kalau korang nak tahu lebih detail tentang variasi produknya, korang boleh terjah blog BRADER ni yang menceritakannya dengan lebih terperinci.
“Betul beb, gua tak kencing lu orang. Kalau lu orang tak caya, lu orang try la terjah outlet Yogen Fruz yang terdekat. Ciao..”. Jom layan gambar-gambar cun kami di sana.
AE : Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan jenama lazat ini, sila layari laman web http://yogenfruz.com.my, LIKE fan pagenya atau pun follow twitternya



















Harus ni try bile-bile…bile AE blanje la yg paling afdhal..
Nadot recently posted..Sihat la Konon!
jgn ckp bila-bila.. hari-hari lg afdal nadot..
aslam recently posted..Dulu Vs Sekarang
hohoho..kalau kedai ni ade sebelah rumah, mmg hari2 dah…. kate 0% fat kan…hehehe
Nadot recently posted..Sihat la Konon!
Nadot.. Kena try nih.. Sebab dia x manis…
Nurul recently posted..Si cantik Si manis di Wowww 1001 give away
baiikk…akan cube nnt insyaAllah…
(mati le nanti teramek byk sgt jadi lebey RM20 mcm mase mkn froyo TF..huhu)
Nadot recently posted..Sihat la Konon!
nadot.. try laa… try laa… try laaa blanje saye.. hik3
KiD recently posted..Khusyuk
Hahahaha.. Itu mmg sy takkan try. Hoho
Nadot recently posted..Siapa punya semua ni?!?
ni boleh masuk niche food review dah ni..hartanah commercial
tips motivasi recently posted..Psikologi Manusia : Percaya Padaku
Bila ada masa free nanti nak cuba rasa yogurt ni.. Nampak sedap..
Anuar recently posted..RM500 Untuk Dimenangi Di Blog Coretan Anuar
Dari tak suka terus terpikat..huhu..Betullah Nurul Comellllllllnyerr kamera itewww..miahahaha
JAI recently posted..Yogen Fruz Yang Berkhasiat Buat Pengemar Yogurt
gelak jahat tu bro..hahaha
aslam recently posted..Dulu Vs Sekarang
Tengok sape yang peganglah.. hehehe
Nurul recently posted..Si cantik Si manis di Wowww 1001 give away
Boleh bawa family pergi Yogen Fruz ni..
ReM recently posted..Just Checking
gambar last tu mcm sweet je… cam ada sesuatu… ahakss
fasz recently posted..Subhanallah Indah nya ciptaan Allah -Tanah Aina Farrah Soraya (Part 4)
Sesuatu apa tu.. yang penting kita berdua punya hobi yg sama.. Suka makan..
Nurul recently posted..Si cantik Si manis di Wowww 1001 give away
slurrp..sedapnya..AE tolong bagi pendapat sikit,soalan ada kat new post kat blog saya.maaf sebab tulis kat sini.kalau AE nak bawa soalan kat blog AE pun tak pe. Jasamu di kenang…TQ
wynn78 recently posted..Full finished or not full??
Wah AE dah keluarkan.. Sedapkan.. Malunya ade gambar nurul di disitu..
Nurul recently posted..Si cantik Si manis di Wowww 1001 give away
wa suka la itu smoothies. lazat
matjoe recently posted..Yogen Fruz – Memang Froyo Yang Lazat
My SUPER SENIOR punya penceritaan dah macam pegawai pemasaran YOGEN fruz LAAA
hazman aka species1980 recently posted..Yogen Fruz – Pasti cairkan hati GADIS dan WANITA
ayyoo bila baca entry ni aku terlupa yang aku sedang berada di blog hartanah,terasa berada di blog Hazman dan Jejai pulok hehehe
Zarul Umbrella recently posted..Edisi Terbaru-Anak Kucing Comel
sekali sekala cerita makan2.. lagi2 ada gambar dengan nurul.. hehhee
KiD recently posted..Khusyuk
Hahaha.. Ae dah terpesong nih..
Terliur wehhhhhhhhh !
Dah la bulan posa ni
ProfHariz recently posted..Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti